Thursday, July 10, 2008


KASIH SAYANG..MULAKAN DARI DIRI SENDIRI… <>

TUHAN anugerahkan kita dengan segala rahmat. Antara rahmat yang paling tinggi dan tidak ternilai ialah nyawa kita. Tuhan memberi nyawa sebagai amanah yang perlu kita jaga sebaik-baiknya. Salah satu tanda kita menjaga semua amanah Tuhan ialah dengan menyayanginya dengan sepenuh hati.


Kita menjaga nyawa kita supaya kita sentiasa berada di dalam keadaan sihat untuk terus beribadat kepadaNya. Kita jauhi diri kita dari pelbagai jenis penyakit. Badan kita perlu dijaga supaya sentiasa sihat untuk beribadah. Salah satu caranya ialah dengan menjaga makanan kita serta kecergasan fizikal kita. Bersenam 30 minit sehari selama tiga hari dalam seminggu InsyaAllah dapat menjaga kecergasan diri kita. Kita jauhi dari tabiat atau gelagat buruk yang akan mendatangkan penyakit kepada kita seperti merokok dan menghisab dadah.


Kita juga perlu menjaga minda kita dengan mempelajari ilmu yang berguna. Sayangnya Tuhan kepada umat manusia hingga diberikan pedoman atau panduan dan contohan (Nabi dan Rasul) untuk kita dapat mengalami kehidupan yang sempurna. Sempurna kehidupan ialah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Emosi kita juga adalah satu anugerah Tuhan. Apabila hati kita tenang, emosi kita pun tenang. Apabila kita merasa risau itu adalah satu tanda kita diuji oleh Tuhan sama ada kita sabar atau tahan ujian atau tidak.

Sebelum kita menyayangi orang lain, kita perlu sayang diri kita sendiri.


Kita sahaja yang mengetahui tentang kekuatan, kelemahan dan potensi diri kita. Mungkin segala panca indera kita iaitu dengar, lihat, rasa dan hidu berada di dalam keadaan yang sihat atau baik. Kekuatan panca indera ini kita gunakan ke jalan yang baik seperti belajar dengan rajin, bekerja dengan tekun, jujur dan sebagainya. Jika deria kita lemah seperti tidak suka mendengar kuliah, tidak suka membaca (melihat) buku dan lain-lain, itu adalah kesalahan diri kita sendiri yang boleh kita baiki. Kita selalu gagal manfaatkan anugerah yang diberikan oleh Tuhan Mungkin kita juga tidak bersyukur dengan anugerah Tuhan.

10 Ways to Show Your Love
Does your partner ever question how you feel about her? If she does, that's a warning sign that you are not showing her how special she is to you. If you do not nurture a loving relationship, you could just let "a good thing" slip between your fingers. Try these easy, yet inexpensive ways to show her that you really do care, and see how much love you will receive in return.
(Girls n guys, you all too can try these tips.)
1. Contact your partner daily. It does not matter how trivial a contact it is. If you are both online, e-mail her daily even if it is just to say "I am thinking about you."
2. Love is like a game of tennis. Anytime you receive an e-mail, letter, fax, or phone call, be sure to reply. Otherwise, she could be left feeling empty and confused. Keep the ball bouncing back and forth!
3. A Picture is worth a 1000 words. Make sure she has your photo handy. Or better yet, take a fun picture together in one of those photo booths.
4. Greet her with love. Give her a nice warm hug.
5. Hold her hand. That is right! Good old-fashioned hand-holding!
6. Make eye contact. Show her that she has your full. undivided attention. Make her feel like she is the important person in the world to you.
7. Make time for her. When was the last time you skipped that football game for her?
8. Send her a fun, electronic gift.
9. Open the car door for her. Back-to-basic courtesies mean a lot.
10. Plan ahead! Do not leave her hanging until Friday night to plan a date for the weekend, or you might not find her home at all. Ask her early in the week so you both can anticipate the date.

My weekends..


Haii..haii....how u spend ur weekend?wanna share haa?
recently...i spent my 1st weekend mwith my lovely Sismileny and 2 my best ever cousin.

We went where??perghh...best so ever i had....we watching SEPI..then spent time @Bowling JitraMall,Kedah....


Here some picture wanna share...

Bertudung hitam tu Piqah..chinese look kan?
another one..Chubby One..NorAsmah..
me?Withethe little size make a simple smile...

Aikk?Mana gambar My LOvely Sismileny haa??
here....kat bawah niee...
Kitaorg bgambar sebelum balik dr bowling..minta tolong Encik kat situ take our picture...

Kay lah guys n gals...sooner i share with u again.
tqss coz spend time with my blog..juz for fun..
i try my best to share SOMETHING ANYTHING...
Enjoy n have good and happy time on ur weekend....
Life must go on...as great we can..
GAGAL BERCINTA ITU PENGALAMAN INDAH swings, 28/06/2007

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum&
Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati. Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan. Seorang kawan saya tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja kepada saya setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula dibawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari bertemu, kadang-kadang urusan rasmi, kadang-kadang urusan tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya. Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga. Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan. Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian. Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan. Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya.

Artikel disunting oleh Jodoh4u.com

MEMILIH PASANGAN YANG TEPAT


MEMILIH PASANGAN YANG TEPAT swings, 02/07/2007

Mencari teman untuk dijadikan pasangan seumur hidup tidak semudah memilih baju atau kasut dipasar raya. Kadang-kala sudah bertahun bercinta tetapi masih ragu-ragu apabila membuat keputusan untuk bernikah. Anda risau sesuaikah si dia untuk dijadikan suami atau isteri. Nell Clark Warenn, penulis buku Finding the love of your life menyarankan agar menghapuskan tujuh penyebab tersalah pilih pasangan.


1. Keputusan bernikah dibuat terlalu cepat Seharusnya anda bersabar dan teliti dalam mengumpulkan data-data penting mengenai pasangan. Buat pilihan bijaksana dan tepat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam kehidupan rumah tangga menyakitkan.
2. Keputusan dibuat pada usia terlalu muda Sebelum itu anda perlu secara individu mengembangkan identiti dan sasaran hidup anda. Jika sudah pasti, pilih pasangan berdasarkan pada perkembangan pada diri anda, termasuk dalam perkara mengenali pasangan.
3. Anda atau pasangan terlalu ghairah untuk bernikah Adakah anda sudah berfikir semasak-masaknya? Siapkan dulu diri anda berdua dengan fikiran jernih dan terbuka.
4. Anda atau pasangan hanya memilih sekadar untuk menyenangkan seseorang. Jangan sampai pekara seperti ini terjadi. Anda berdua akan menyesal seumur hidup. Ini biasanya terjadi kerana mahu membalas budi atau dipaksa menikah oleh orang tua.
5. Dasar pengalaman yang terlalu sempit Kenali dahulu pasangan dengan cara yang berbeza-beza sehingga anda memperolehi banyak pertimbangan. Banyakkan cara menguji pasangan supaya anda betul-betul mengenalinya dengan lebih dekat.
6. Hilangkan keinginan burukdalam pernikahan Banyak pasangan yang menikah kerana sesuatu perkara yang diingini diluar cinta kasih dan niat membina rumah tangga sebenar. Singkirkan niat seperti berkahwin kerana inginkan kedudukan anda melonjak setelah berkahwin dengan orang kaya atau anda akan mendapat harta yang banyak kerana berkahwin dengan orang tersebut.
7.Saling meneliti dan membuka diri Terbukalah dan semak semua kekurangan dalam diri dan pasangan anda. Kuburkanlah semua kenangan lalu dan berjanjilah untuk saling memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.



Artikel disunting dr Jodoh4u.com

Sunday, June 8, 2008

Tumpang gembira dgn..






Assalamualaikum wbt....

Berakhir lah sudah cuti sekolah pertengahan thn 2008 nie...There so many things happened..
The most is.... 3 of my friends telah selamat dan jayanya sudah menjadi isteri si suaminya...

Tanggal 24mei 2008, shz g kenduri kahwin my roomates.NorShahida Mohd Yusof nama nya..
Kami kenal antara 1 sm lain sejak Pra Pedaganagn kami di Uitm Samarahan, Sarawak pd Mei 2001..That time,kami kenal biasa2 jer....in case,masing2 dari Utara Semenanjung..Jodoh telah menemukan kami lagi bila masing2 berjaya menamatkan Pra Perdagangan selama 6 bulan.. Kami bertemu di Uitm Arau Perlis lak..Masing2 amik Diploma Perakauan dan mjadi roomates.. merangkap Best Friend coz kam seiring sejalan ke kuliah till masing2 tamatkan pengajian...
Syukur Alhamdullilah..kini masing2 msh berhubungan walaupun jauh dr mata...Selain tu, masing2 meneruskan kehidupan & kerjaya yg serasi bersama dlm hati... Dalam Hati Ada Cinta..

Tanggal 1Jun2008 lak.. Wan Khairiyah Abd Rahim juga di ijab kabulkan dgn kekasih hati kini suami yg di kasihi...Kay ni kwn Shz since kami darjah 2 di Sek Ren Keb Seri Indera..We been friend till now....Syukur alhamullilah walaupun kami lost contact slps form3..form 1-3 kami belajar di Sek Keb agama Perempuan Kangar Perlis.. kami msh lg kamcing walaupun shz sambung belajar di Sek Teknik Kangar,Perlis..Diri ni rasa lbh dhargai bila Kay ask me to be her pengapit masa perkahwinan diaa... Alhamdullilah...majlis berjalan lancar...Shz happy sgt dapt jumpa kwn lama2...terutama Sulhi dan Chon yg masing2 kwn studi group ms nak amik UPSR 1995.I gonna miss u al guys n gals...

Kemarin...7jun2008 akak angkat Shz yakni Rohani Abu Bakar lak berkahwin...Demi memeriahkan majlis dan menunaikan permintaan pgantin baru..Shz g Majlis Knduri K'Ani di Pdg Serai Kulim Kedah...Gembira bjumpa K'Ani sekeluarga setelah sekian lama tak berjumpa since 2005...

To All My friends yg telah selamat melangsungkan Perkahwinan baru2 nie...shz doakan ko org bahagiaa bersama u all nyer new famili..Mudah-mudahan hubungan kita semua dirahmati oleh Allah Yg Maha Esa...Till we meet again.....Daaaa......

Saturday, June 7, 2008

Erti Perkahwinan

Ada orang berpendapat bahawa perkahwinan merupakan penamat kepada kebahagiaan bagi pasangan kekasih
Dalam tempoh bercinta,itulah saat-saat paling bahagia.Dan bila berkahwin segalanya bertukar menjadi beban dan tanggungjawab yang semakin bertambah.Dan berakhirlah sebuah perasaan yang dinamakan bahagia.Yang tinggal hanya kebosanan dan bebanan.

Tetapi hakikatnya,kita harus mengubah pandangan kita terhadap perkahwinan.Ramai yang menganggap perkahwinan sebagai sesuatu yang menyeronokkan semata-mata. Hakikatnya,perkahwinan itu adalah untuk mewujudkan ketenangan dalam jiwa pasangan.

Perkahwinan adalah kombinasi antara mawaddah dan rahmah.Jika kita menganggap perkahwinan adalah untuk keseronokkan semata-mata, apabila melangkahkan kaki ke gerbang rumah tangga,semuanya akan bertukar kerana tanggungjawab dan amanah sedang menanti.

Tetapi bagi yang menganggap perkahwinan itu sebagai satu tuntutan fitrah manusia demi ketenteraman dan ketenangan jiwa…juga persediaan untuk sebarang perkongsian tanggungjawab sama ada kesusahan dan kesenangan,maka apabila kaki melangkah….. tanggungjawab yang menanti tidak dilihat datang sebagai beban melainkan penghubung kepada keakraban dan kasih sayang.Tanpa tanggungjawab,kasih sayang tiada makna. Tanpa tanggungjawab,cinta tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Dan sebenarnya….perkahwinan adalah suatu petanda bahawa Allah SWT mengasihi hambaNya.Kiranya kita menerima ia sebagai rahmat,maka hati akan reda dan ujian yang datang tidak dianggap sebagi bala.
Insya Allah…..