Saturday, June 7, 2008

Erti Perkahwinan

Ada orang berpendapat bahawa perkahwinan merupakan penamat kepada kebahagiaan bagi pasangan kekasih
Dalam tempoh bercinta,itulah saat-saat paling bahagia.Dan bila berkahwin segalanya bertukar menjadi beban dan tanggungjawab yang semakin bertambah.Dan berakhirlah sebuah perasaan yang dinamakan bahagia.Yang tinggal hanya kebosanan dan bebanan.

Tetapi hakikatnya,kita harus mengubah pandangan kita terhadap perkahwinan.Ramai yang menganggap perkahwinan sebagai sesuatu yang menyeronokkan semata-mata. Hakikatnya,perkahwinan itu adalah untuk mewujudkan ketenangan dalam jiwa pasangan.

Perkahwinan adalah kombinasi antara mawaddah dan rahmah.Jika kita menganggap perkahwinan adalah untuk keseronokkan semata-mata, apabila melangkahkan kaki ke gerbang rumah tangga,semuanya akan bertukar kerana tanggungjawab dan amanah sedang menanti.

Tetapi bagi yang menganggap perkahwinan itu sebagai satu tuntutan fitrah manusia demi ketenteraman dan ketenangan jiwa…juga persediaan untuk sebarang perkongsian tanggungjawab sama ada kesusahan dan kesenangan,maka apabila kaki melangkah….. tanggungjawab yang menanti tidak dilihat datang sebagai beban melainkan penghubung kepada keakraban dan kasih sayang.Tanpa tanggungjawab,kasih sayang tiada makna. Tanpa tanggungjawab,cinta tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Dan sebenarnya….perkahwinan adalah suatu petanda bahawa Allah SWT mengasihi hambaNya.Kiranya kita menerima ia sebagai rahmat,maka hati akan reda dan ujian yang datang tidak dianggap sebagi bala.
Insya Allah…..

No comments: