Sunday, June 8, 2008

Tumpang gembira dgn..






Assalamualaikum wbt....

Berakhir lah sudah cuti sekolah pertengahan thn 2008 nie...There so many things happened..
The most is.... 3 of my friends telah selamat dan jayanya sudah menjadi isteri si suaminya...

Tanggal 24mei 2008, shz g kenduri kahwin my roomates.NorShahida Mohd Yusof nama nya..
Kami kenal antara 1 sm lain sejak Pra Pedaganagn kami di Uitm Samarahan, Sarawak pd Mei 2001..That time,kami kenal biasa2 jer....in case,masing2 dari Utara Semenanjung..Jodoh telah menemukan kami lagi bila masing2 berjaya menamatkan Pra Perdagangan selama 6 bulan.. Kami bertemu di Uitm Arau Perlis lak..Masing2 amik Diploma Perakauan dan mjadi roomates.. merangkap Best Friend coz kam seiring sejalan ke kuliah till masing2 tamatkan pengajian...
Syukur Alhamdullilah..kini masing2 msh berhubungan walaupun jauh dr mata...Selain tu, masing2 meneruskan kehidupan & kerjaya yg serasi bersama dlm hati... Dalam Hati Ada Cinta..

Tanggal 1Jun2008 lak.. Wan Khairiyah Abd Rahim juga di ijab kabulkan dgn kekasih hati kini suami yg di kasihi...Kay ni kwn Shz since kami darjah 2 di Sek Ren Keb Seri Indera..We been friend till now....Syukur alhamullilah walaupun kami lost contact slps form3..form 1-3 kami belajar di Sek Keb agama Perempuan Kangar Perlis.. kami msh lg kamcing walaupun shz sambung belajar di Sek Teknik Kangar,Perlis..Diri ni rasa lbh dhargai bila Kay ask me to be her pengapit masa perkahwinan diaa... Alhamdullilah...majlis berjalan lancar...Shz happy sgt dapt jumpa kwn lama2...terutama Sulhi dan Chon yg masing2 kwn studi group ms nak amik UPSR 1995.I gonna miss u al guys n gals...

Kemarin...7jun2008 akak angkat Shz yakni Rohani Abu Bakar lak berkahwin...Demi memeriahkan majlis dan menunaikan permintaan pgantin baru..Shz g Majlis Knduri K'Ani di Pdg Serai Kulim Kedah...Gembira bjumpa K'Ani sekeluarga setelah sekian lama tak berjumpa since 2005...

To All My friends yg telah selamat melangsungkan Perkahwinan baru2 nie...shz doakan ko org bahagiaa bersama u all nyer new famili..Mudah-mudahan hubungan kita semua dirahmati oleh Allah Yg Maha Esa...Till we meet again.....Daaaa......

Saturday, June 7, 2008

Erti Perkahwinan

Ada orang berpendapat bahawa perkahwinan merupakan penamat kepada kebahagiaan bagi pasangan kekasih
Dalam tempoh bercinta,itulah saat-saat paling bahagia.Dan bila berkahwin segalanya bertukar menjadi beban dan tanggungjawab yang semakin bertambah.Dan berakhirlah sebuah perasaan yang dinamakan bahagia.Yang tinggal hanya kebosanan dan bebanan.

Tetapi hakikatnya,kita harus mengubah pandangan kita terhadap perkahwinan.Ramai yang menganggap perkahwinan sebagai sesuatu yang menyeronokkan semata-mata. Hakikatnya,perkahwinan itu adalah untuk mewujudkan ketenangan dalam jiwa pasangan.

Perkahwinan adalah kombinasi antara mawaddah dan rahmah.Jika kita menganggap perkahwinan adalah untuk keseronokkan semata-mata, apabila melangkahkan kaki ke gerbang rumah tangga,semuanya akan bertukar kerana tanggungjawab dan amanah sedang menanti.

Tetapi bagi yang menganggap perkahwinan itu sebagai satu tuntutan fitrah manusia demi ketenteraman dan ketenangan jiwa…juga persediaan untuk sebarang perkongsian tanggungjawab sama ada kesusahan dan kesenangan,maka apabila kaki melangkah….. tanggungjawab yang menanti tidak dilihat datang sebagai beban melainkan penghubung kepada keakraban dan kasih sayang.Tanpa tanggungjawab,kasih sayang tiada makna. Tanpa tanggungjawab,cinta tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Dan sebenarnya….perkahwinan adalah suatu petanda bahawa Allah SWT mengasihi hambaNya.Kiranya kita menerima ia sebagai rahmat,maka hati akan reda dan ujian yang datang tidak dianggap sebagi bala.
Insya Allah…..