Thursday, July 10, 2008

MEMILIH PASANGAN YANG TEPAT


MEMILIH PASANGAN YANG TEPAT swings, 02/07/2007

Mencari teman untuk dijadikan pasangan seumur hidup tidak semudah memilih baju atau kasut dipasar raya. Kadang-kala sudah bertahun bercinta tetapi masih ragu-ragu apabila membuat keputusan untuk bernikah. Anda risau sesuaikah si dia untuk dijadikan suami atau isteri. Nell Clark Warenn, penulis buku Finding the love of your life menyarankan agar menghapuskan tujuh penyebab tersalah pilih pasangan.


1. Keputusan bernikah dibuat terlalu cepat Seharusnya anda bersabar dan teliti dalam mengumpulkan data-data penting mengenai pasangan. Buat pilihan bijaksana dan tepat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam kehidupan rumah tangga menyakitkan.
2. Keputusan dibuat pada usia terlalu muda Sebelum itu anda perlu secara individu mengembangkan identiti dan sasaran hidup anda. Jika sudah pasti, pilih pasangan berdasarkan pada perkembangan pada diri anda, termasuk dalam perkara mengenali pasangan.
3. Anda atau pasangan terlalu ghairah untuk bernikah Adakah anda sudah berfikir semasak-masaknya? Siapkan dulu diri anda berdua dengan fikiran jernih dan terbuka.
4. Anda atau pasangan hanya memilih sekadar untuk menyenangkan seseorang. Jangan sampai pekara seperti ini terjadi. Anda berdua akan menyesal seumur hidup. Ini biasanya terjadi kerana mahu membalas budi atau dipaksa menikah oleh orang tua.
5. Dasar pengalaman yang terlalu sempit Kenali dahulu pasangan dengan cara yang berbeza-beza sehingga anda memperolehi banyak pertimbangan. Banyakkan cara menguji pasangan supaya anda betul-betul mengenalinya dengan lebih dekat.
6. Hilangkan keinginan burukdalam pernikahan Banyak pasangan yang menikah kerana sesuatu perkara yang diingini diluar cinta kasih dan niat membina rumah tangga sebenar. Singkirkan niat seperti berkahwin kerana inginkan kedudukan anda melonjak setelah berkahwin dengan orang kaya atau anda akan mendapat harta yang banyak kerana berkahwin dengan orang tersebut.
7.Saling meneliti dan membuka diri Terbukalah dan semak semua kekurangan dalam diri dan pasangan anda. Kuburkanlah semua kenangan lalu dan berjanjilah untuk saling memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.



Artikel disunting dr Jodoh4u.com

No comments: